satu kehormatan tersendiri mendapatkan undangan menghadiri acara ini yang akan di adakan di Klantan tanggal20-23 juli 2018. telah terpilih 226 penyair dari 226 negara, dan ada 6 penyair asall sumatera utara
karya saya yang lolos seleksi adalh puisi Tasbih
Tasbih Bumi
Bumi bertasbih di
tengah terik
Seberkas panas mendidih ditubuhnya
Tergaduhkan semua makhluk
Meronta
Menghiba
Merana
Tak rela rumahnya bagaikan panci
Berisi air mendidih
Panas memeras
Terperas
Bumi bertasbih di tawaf pertama
Tak henti ia berputar
Hingga tawaf ketujuh
Bumi tersungkur dan jatuh
Ia lafazkan doa untuk keseribu kalinya
Mendinginlah
Mendinginlah
Tuhan
Tuhan
Tuhan
Kabulkan Pinta
Mentari tak mau tidur di peraduan
Ia jalankan tugas sepenuh hati
Namun begitu juga bumi
Rumah semua makhluk
Ataukah Bulan tempat berpindah
Hijau pepohonan sudah menghilang
Setelah pohon merangggas yang tersisa batang
Pohonpun tumbang nyawanya meregang
Daun-daun gugur dari ranting muda
Terpaksa
Hijau pupus menjadi kuning dan rebah ke tanah
Asap menguap pekatkan mata
Apkah tasbih harus terhenti
TasbihBumi
II
Panggil
hujan
Tiupkan
mantra
Lafazkan
doa
Langit tak
memberi tanda
Kemana gerimis menyembunyikan dirinya
Kering
kerontanglah ia
Bumi merayu
sang matahari
Jangan
kirimkan panasmu yang berapi
Mentari tak
relakan pinta
Enggan iyakan kata
Bumi tak
henti bertasbih
Bergema
Memekakkan
telinga
Lalu semua
makhluk terikut
Dalam satu
lafaz berujar
Tuhan
kirimkan hujan
Dengarlah
bumi tak henti bertasbih
Dingin
Dingin
Dinginkan
tubuhku
Berikut bahasa melayu yang mengabarkan acara konvensi penyair
Berlatar belakangkan laut membiru, keunikan rumah tradisional Melayu
dan lambaian pohon kelapa hasil lakaran kartunis tersohor tanah air, Pak
Rossem.
Logo ini dipilih sebagai logo rasmi Konvensyen Penyair Dunia (KONPEN
2018). Telah ramai yang mendaftar dan tertanya-tanya apakah pengisian
acara yang julung-julung kali diadakan di Negeri Cik Siti Wan Kembang
ini. Lantaran itu, untuk memudahkan pengurusan rakan-rakan nan budiman,
saya kongsikan atur cara ringkas KONPEN 2018.
20 Julai 2018 (Juma'at)
Tibalah hari yang dinanti-nantikan ini. Bagi peserta yang menaiki
pesawat, bas akan menunggu di Lapangan Terbang Ismail Petra, Pengkalan
Chepa, Kota Bharu bermula jam 3.00 petang dan membawa anda ke lokasi.
Urus setia KONPEN 2018 akan menunggu anda di balai ketibaan dengan
seribu senyuman. Perjalanan dari lapangan terbang hanya mengambil masa
kira-kira 30 minit ke Pantai Chap, Bachok. Bagi peserta-peserta yang
berkenderaan sendiri, menaiki bas atau kereta api boleh terus menuju ke
lokasi KONPEN 2018. Lokasi CT Resort agak ke dalam bersebelahan Kem Sri
Chap yang akan menjadi lokasi penginapan para peserta. Lokasi KONPEN
2018 dari Bandar Bachok dalam jangkaan 10 minit berkenderaan. Penduduk
desa dan urus setia akan menunggu rakan-rakan di lokasi acara. Jangan
lupa untuk mendaftar dan dapatkan tshirt acara, tag nama dan buku
prosiding KONPEN 2018. Setelah minum petang, peserta akan dibawa ke
penginapan. Jangan bayangkan penginapan bertaraf lima bintang di sini
kerana kami ingin anda semua benar-benar merasai kehidupan desa. Buang
pangkat dan sosio status, di sini kita semuanya sama atas nama penyair
dunia.
Sebelah malamnya seusai istirahat, makan malam dan solat
kita akan berkumpul di pantai untuk acara Ramah Mesra Penyair. Acara
berlatar belakangkan pentas alam ini pasti akan makin mendekatkan kita.
Kita beramah-mesra, berpuisi, bersketsa, belajar bercakap bahasa
Kelantan sambil menikmati barbeku makanan laut hasil tangkapan penduduk
desa.
Acara berakhir dalam jam 11.00 malam dan rakan-rakan boleh
teruskan sahaja aktiviti santai berbumbungkan langit sambil mendengar
deru angin pantai. Inilah masanya untuk kita saling mengenali tanpa
mengira jurang negara, bangsa dan agama. Namun jangan lupa untuk menjaga
batas susila, Bandar Bachok turut dikenali sebagai Bandar Pelancongan
Islam.
21 Julai 2018 (Sabtu)
Sediakan minda yang cukup kerana
hari ini para peserta akan benar-benar disajikan dengan input-input
ilmuan daripada ucaptama dan pembentangan makalah rentas negara. Tidak
perlu saya sebutkan siapa mereka walau pun kesemua nama telah menyatakan
persetujuan untuk hadir. Cukuplah saya kongsikan bahawa ucaptama akan
disampaikan oleh salah seorang Sasterawan Negara dan pemakalah pula
terdiri daripada penggiat seni/bahasa/ budayawan/cendekiawan dari
Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei dan Korea Selatan.
Mereka bukannya calang-calang ilmuan dan hadir atas nama kebersamaan
sejagat. Sebelum ucaptama dan sesi Bicara Penyair ini, majlis akan
dirasmikan oleh Tan Sri Penaung yang turut akan melancarkan dua buah
antologi puisi terbitan PENYAIR Malaysia dan buku-buku puisi
perseorangan ahli PENYAIR Malaysia. Acara dijangka tamat pada jam 5.00
petang untuk kita berikan ruang masa kepada peserta untuk bercanda dan
mengakrabi keindahan Pantai Chap di sebelah petang. Anda boleh berjalan
di pesisir pantai sambil melihat-lihat perahu nelayan pulang,
nelayan-nelayan membersihkan jala, anak-anak desa bermain layang-layang,
aktiviti mengait buah kelapa dan merakamkan memorabilia di kubu
tinggalan Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Ya... ia pastinya menjadi
pengalaman yang cukup berharga.
Malamnya pula merupakan acara
kemuncak, Malam Bicara Puisi Dunia yang akan bermula jam 8.30 malam.
Sebaiknya anda memakai pakaian tradisi/etnik masing-masing untuk
menonjolkan keunikan pelbagai negara yang anda wakili. Malam ini
pastinya memukau dengan pelbagai persembahan kebudayaan seperti tarian
Melayu, tarian dan paluan gendang masyarakat Siam Kelantan, bacaan puisi
serta nyanyian lagu puisi dari pelbagai negara. Asyiknya lagi,
persembahan-persembahan tersebut akan diiringi kumpulan pemuzik
tradisional tempatan yang memainkan muzik seperti seruling, nafiri,
rebab, gendang dan gong. Keasyikan itu pasti membuai perasaan dan
mengulit mimpi sepanjang malam.
22 Julai 2018 (Ahad)
Tiga
hari begitu cepat berlalu dan peserta telah pun berada di hari akhir
acara. Seusai Subuh usah lelapkan mata kerana kita akan berkunjung ke
laut untuk melepaskan nelayan berangkat mencari rezeki. Kita lihat
matahari naik dari jauh dan akhirnya hilang bersama-sama olek perahu
nelayan yang melambai ingatan.
Seusai sarapan, bas akan membawa
peserta ke Universiti Malaysia Kelantan untuk acara Apresiasi Seni
Bersama UMK. Di UMK, para peserta akan diberikan informasi berkaitan
kegiatan bahasa dan susastera. Di sini juga kita akan disajikan dengan
persembahan silat, wayang kulit dan mak yong. Para peserta juga akan
diberi ruang untuk membaca puisi atau bernyanyi lagu puisi.
Seterusnya, JKKN Kelantan akan mengambil alih teraju dengan membawa
peserta solat Zohor di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Masjid ini agak
terkenal dengan keunikan seni bina dan reka bentuknya. Jejak seni
diteruskan dengan membawa peserta melawat lokasi-lokasi lain di sekitar
Kota Bharu seperti Muzium negeri, pusat kraftangan dan Pasar Siti
Khadijah untuk membeli-belah. Dari Kota Bharu, peserta yang menaiki
pesawat akan dihantar terus ke Lapangan Terbang Ismail Petra dan berada
di sana pada jam 6.00 petang. Peserta lain pula akan dihantar ke lokasi
penginapan dan berkemas pulang ke lokasi masing-masing.
Catatan :
Sila rancang urusan pengangkutan yang bersesuaian dengan atur cara
KONPEN 2018. Bagi peserta luar negara sebaiknya datang secara
berkumpulan untuk memudahkan pengurusan . Hubungi urus setia kami dari
semasa ke semasa untuk membantu anda. Kami tunggu kedatangan anda dengan
wangian kembang seharum ingatan.
C