Thursday, July 12, 2018

Konvensi sastrawan Internasional Malaysia 2018



satu kehormatan tersendiri mendapatkan undangan menghadiri acara ini yang akan di adakan di Klantan tanggal20-23 juli 2018. telah terpilih 226 penyair dari 226 negara, dan ada 6 penyair asall sumatera utara

karya saya yang lolos seleksi adalh puisi Tasbih



Tasbih Bumi                            

Bumi  bertasbih di tengah terik
Seberkas panas mendidih ditubuhnya
Tergaduhkan semua makhluk
Meronta
Menghiba
Merana
Tak rela rumahnya bagaikan panci
Berisi air mendidih
Panas memeras
Terperas

Bumi bertasbih di tawaf pertama
Tak henti ia berputar
Hingga tawaf ketujuh
Bumi tersungkur dan jatuh

Ia lafazkan doa untuk keseribu kalinya
Mendinginlah
Mendinginlah
Tuhan
Tuhan
Tuhan
Kabulkan Pinta

Mentari tak mau tidur di peraduan
Ia jalankan tugas sepenuh hati
Namun begitu juga bumi
Rumah semua makhluk
Ataukah Bulan tempat berpindah

Hijau pepohonan sudah menghilang
Setelah pohon merangggas yang tersisa batang
Pohonpun tumbang nyawanya meregang
Daun-daun gugur dari ranting muda
Terpaksa

Hijau pupus menjadi kuning dan rebah ke tanah
Asap menguap pekatkan mata
Apkah tasbih harus terhenti

TasbihBumi II

Panggil hujan
Tiupkan mantra
Lafazkan doa

Langit tak memberi tanda
Kemana  gerimis menyembunyikan dirinya
Kering kerontanglah ia

Bumi merayu sang matahari
Jangan kirimkan panasmu yang berapi
Mentari tak relakan pinta
Enggan iyakan kata

Bumi tak henti bertasbih
Bergema
Memekakkan telinga

Lalu semua makhluk terikut
Dalam satu lafaz berujar

Tuhan kirimkan hujan
Dengarlah bumi tak henti bertasbih
Dingin
Dingin
Dinginkan tubuhku






Berikut bahasa melayu yang mengabarkan acara konvensi penyair

Berlatar belakangkan laut membiru, keunikan rumah tradisional Melayu dan lambaian pohon kelapa hasil lakaran kartunis tersohor tanah air, Pak Rossem. Logo ini dipilih sebagai logo rasmi Konvensyen Penyair Dunia (KONPEN 2018). Telah ramai yang mendaftar dan tertanya-tanya apakah pengisian acara yang julung-julung kali diadakan di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Lantaran itu, untuk memudahkan pengurusan rakan-rakan nan budiman, saya kongsikan atur cara ringkas KONPEN 2018.

20 Julai 2018 (Juma'at)
Tibalah hari yang dinanti-nantikan ini. Bagi peserta yang menaiki pesawat, bas akan menunggu di Lapangan Terbang Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu bermula jam 3.00 petang dan membawa anda ke lokasi. Urus setia KONPEN 2018 akan menunggu anda di balai ketibaan dengan seribu senyuman. Perjalanan dari lapangan terbang hanya mengambil masa kira-kira 30 minit ke Pantai Chap, Bachok. Bagi peserta-peserta yang berkenderaan sendiri, menaiki bas atau kereta api boleh terus menuju ke lokasi KONPEN 2018. Lokasi CT Resort agak ke dalam bersebelahan Kem Sri Chap yang akan menjadi lokasi penginapan para peserta. Lokasi KONPEN 2018 dari Bandar Bachok dalam jangkaan 10 minit berkenderaan. Penduduk desa dan urus setia akan menunggu rakan-rakan di lokasi acara. Jangan lupa untuk mendaftar dan dapatkan tshirt acara, tag nama dan buku prosiding KONPEN 2018. Setelah minum petang, peserta akan dibawa ke penginapan. Jangan bayangkan penginapan bertaraf lima bintang di sini kerana kami ingin anda semua benar-benar merasai kehidupan desa. Buang pangkat dan sosio status, di sini kita semuanya sama atas nama penyair dunia.
Sebelah malamnya seusai istirahat, makan malam dan solat kita akan berkumpul di pantai untuk acara Ramah Mesra Penyair. Acara berlatar belakangkan pentas alam ini pasti akan makin mendekatkan kita. Kita beramah-mesra, berpuisi, bersketsa, belajar bercakap bahasa Kelantan sambil menikmati barbeku makanan laut hasil tangkapan penduduk desa.
Acara berakhir dalam jam 11.00 malam dan rakan-rakan boleh teruskan sahaja aktiviti santai berbumbungkan langit sambil mendengar deru angin pantai. Inilah masanya untuk kita saling mengenali tanpa mengira jurang negara, bangsa dan agama. Namun jangan lupa untuk menjaga batas susila, Bandar Bachok turut dikenali sebagai Bandar Pelancongan Islam.

21 Julai 2018 (Sabtu)
Sediakan minda yang cukup kerana hari ini para peserta akan benar-benar disajikan dengan input-input ilmuan daripada ucaptama dan pembentangan makalah rentas negara. Tidak perlu saya sebutkan siapa mereka walau pun kesemua nama telah menyatakan persetujuan untuk hadir. Cukuplah saya kongsikan bahawa ucaptama akan disampaikan oleh salah seorang Sasterawan Negara dan pemakalah pula terdiri daripada penggiat seni/bahasa/ budayawan/cendekiawan dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei dan Korea Selatan. Mereka bukannya calang-calang ilmuan dan hadir atas nama kebersamaan sejagat. Sebelum ucaptama dan sesi Bicara Penyair ini, majlis akan dirasmikan oleh Tan Sri Penaung yang turut akan melancarkan dua buah antologi puisi terbitan PENYAIR Malaysia dan buku-buku puisi perseorangan ahli PENYAIR Malaysia. Acara dijangka tamat pada jam 5.00 petang untuk kita berikan ruang masa kepada peserta untuk bercanda dan mengakrabi keindahan Pantai Chap di sebelah petang. Anda boleh berjalan di pesisir pantai sambil melihat-lihat perahu nelayan pulang, nelayan-nelayan membersihkan jala, anak-anak desa bermain layang-layang, aktiviti mengait buah kelapa dan merakamkan memorabilia di kubu tinggalan Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Ya... ia pastinya menjadi pengalaman yang cukup berharga.
Malamnya pula merupakan acara kemuncak, Malam Bicara Puisi Dunia yang akan bermula jam 8.30 malam. Sebaiknya anda memakai pakaian tradisi/etnik masing-masing untuk menonjolkan keunikan pelbagai negara yang anda wakili. Malam ini pastinya memukau dengan pelbagai persembahan kebudayaan seperti tarian Melayu, tarian dan paluan gendang masyarakat Siam Kelantan, bacaan puisi serta nyanyian lagu puisi dari pelbagai negara. Asyiknya lagi, persembahan-persembahan tersebut akan diiringi kumpulan pemuzik tradisional tempatan yang memainkan muzik seperti seruling, nafiri, rebab, gendang dan gong. Keasyikan itu pasti membuai perasaan dan mengulit mimpi sepanjang malam.

22 Julai 2018 (Ahad)
Tiga hari begitu cepat berlalu dan peserta telah pun berada di hari akhir acara. Seusai Subuh usah lelapkan mata kerana kita akan berkunjung ke laut untuk melepaskan nelayan berangkat mencari rezeki. Kita lihat matahari naik dari jauh dan akhirnya hilang bersama-sama olek perahu nelayan yang melambai ingatan.

Seusai sarapan, bas akan membawa peserta ke Universiti Malaysia Kelantan untuk acara Apresiasi Seni Bersama UMK. Di UMK, para peserta akan diberikan informasi berkaitan kegiatan bahasa dan susastera. Di sini juga kita akan disajikan dengan persembahan silat, wayang kulit dan mak yong. Para peserta juga akan diberi ruang untuk membaca puisi atau bernyanyi lagu puisi.
Seterusnya, JKKN Kelantan akan mengambil alih teraju dengan membawa peserta solat Zohor di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Masjid ini agak terkenal dengan keunikan seni bina dan reka bentuknya. Jejak seni diteruskan dengan membawa peserta melawat lokasi-lokasi lain di sekitar Kota Bharu seperti Muzium negeri, pusat kraftangan dan Pasar Siti Khadijah untuk membeli-belah. Dari Kota Bharu, peserta yang menaiki pesawat akan dihantar terus ke Lapangan Terbang Ismail Petra dan berada di sana pada jam 6.00 petang. Peserta lain pula akan dihantar ke lokasi penginapan dan berkemas pulang ke lokasi masing-masing.
Catatan : Sila rancang urusan pengangkutan yang bersesuaian dengan atur cara KONPEN 2018. Bagi peserta luar negara sebaiknya datang secara berkumpulan untuk memudahkan pengurusan . Hubungi urus setia kami dari semasa ke semasa untuk membantu anda. Kami tunggu kedatangan anda dengan wangian kembang seharum ingatan.
C

0 comments:

Post a Comment